Wednesday, August 21, 2019

AZOLLA MAKANAN TAMBAHAN 



Azolla adalah nama tumbuhan paku-pakuan akuatik yang mengapung di permukaan air berdaun kecil-kecil dan warna daunnya berwarna sangat hijau dan tebal. Azolla bukan tanaman air sebarangan. Azolla memiliki kemampuan yang tidak dimiliki oleh tanaman air lain. Tumbuhan ini bersimbolik dengan Anabaena azollae, alga biru hijau (Cyanobacteria) dan Azolla sebagai rumah bagi alga. Alga hidup di rongga yang ada di sisi permukaan bawah daun Azolla. Dalam hubungan saling menguntungkan ini, Anabaena bertugas menetapkan dan membantu gas nitrogen dari atmosfer. Nitrogen ini seterusnya digunakan oleh Azolla untuk membentuk protein.




Azolla sangat kaya dengan protein, asid amino, vitamin (vitamin A, vitamin B12 dan Beta- Carotene), mineral seperti kalsium, fosfor, kalium, zat besi, dan magnesium. Berdasarkan berat keringnya, mengandung 25 – 35% protein, 10 – 15% mineral dan 7 – 10% asid amino, sebatian bioaktif dan biopolimer. Sementara kandungan karbohidrat dan lemak Azolla sangat rendah. Komposisi nutrisinya membuat Azolla sangat cekap dan efektif sebagai makanan ikan, ternak, dan ayam. Ternak dengan mudah dapat mencernainya, karana kandungan protein yang tinggi dan lignin yang rendah.



Ciri-ciri Azolla adalah daunnya berwarna hijau dan berbentuk segi tiga atau poligon dan terapung di atas permukaan air secara padat dan tersusun menyerupai tikar. Diameter tumbuhan ini di antara satu sentimeter (cm) hingga 2.5 cm.
Azolla sejenis rumpair yang mudah membiak dan ditanam. Azolla hanya memerlukan kedalaman minimum air sebanyak tiga inci dan pembajaanya hanya menggunakan baja jenis organik seperti tahi lembu atau kambing, atau baja NPK (nitrogen, fosforus dan kalium).


MOINA MAKANAN TAMBAHAN DALAM AKUAKULTUR 





Filum : Arthopoda
Kelas : Krustacea
Subkelas : Branchiopoda

Moina atau lebih di kenali sebagai kutu air adalah haiwan kecil yang amat penting untuk ikan air tawar dan ikan hiasan. Moina ini boleh didapati di kawasan air kotor seperti parit yang banyak organik reput. Selain itu, moina mempunyai kadar hidup selama 4 hingga 6 hari dan membiak dengan cara seksual dan parthenogenesis. Moina memakan bakteria, chorella dan organisma kecil untuk membesar. Selain itu, kajian turut menunjukkan bahawa moina boleh juga memakan dedak, ragi dan darah haiwan untuk membesar. 


Moina biasanya didapati di kawasan air yang bertakung terutamanya sekali di kawasan air kumbahan. Berwarna agak kemerah-merahan jika dilihat dengan mata kasar. Untuk memperolehinya kena cari pada awal pagi sbelum matahari meninggi, kerana ianya akan mula berenang ke bawah atau dasar kolam menjelang matahari terik. Peralatan yang harus anda gunakan untuk mengambil moina ini adalah penyeduk dengan jaring yang sangat halus.

Moina sebenarnya boleh dibiakkan dengan cara menyediakan sebuah takungan dan sebungkus tahi ayam yang direndam ke dalam bekas tersebut kemudian biarkan beberapa hari. Perhatikan setiap hari jika sudah terdapat moina.



Moina adalah salah satu haiwan kecil yang tersenarai dalam makanan hidup. Antara kelebihan makanan hidup ialah ia mempunyai kandungan peratus protein yang tinggi dan ia juga sesuai dengan saiz bukaan mulut anak ikan. Selain itu, ia juga mudah didapati. Pergerakan dari makanan hidup ini mampu menarik perhatian ikan dan udang. Disebabkan moina adalah organisma yang hidup, maka kualiti serta kebersihan air kurang terjejas.

Kandungan nutrien yang terdapat dalam moina ialah:
Protein : 74.09%
Karbohidrat : 12.25%
Asid lemak : 10.18%
Abu : 3.46%

Sebagai kesimpulannya, Moina merupakan salah satu daripada makanan hidup yang sering digunakan dalam industri akuakultur sebagai makanan kepada larva ikan. Ini adalah kerana moina mempunyai kandungan protein yang tinggi untuk membantu tumbesaran larva ikan.





AZOLLA MAKANAN TAMBAHAN  Azolla adalah nama tumbuhan paku-pakuan akuatik yang mengapung di permukaan air   berdaun kecil-kecil da...